Kapten kapal didakwa cuba merasuah pegawai APMM

Tuesday, February 27, 2018

Kapten kapal didakwa cuba merasuah pegawai APMM

Kapten kapal didakwa cuba merasuah pegawai APMM

KUCHING - Seorang kapten kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas kesalahan cuba memberi  rasuah kepada seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 11 April lalu.

Menurut kertas pertuduhan Chieng Siew Hang, 36, didakwa cuba merasuah seorang pegawai APMM dengan RM1,400 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukannya  iaitu tidak memiliki Sijil Keselamatan Mengurus Kapal dan tiada ketua jurutera ketika mengemudikan Kapal Lipo Jaya II di perairan Tanjong Po berhampiran Kuching pada 7.10 malam.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia 2009 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong memerintahkan Chieng membayar jaminan RM8,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin, selepas mendengar permohonan peguamnya William Kong supaya mengurangkan jumlah jaminan atas alasan tertuduh menanggung isteri dan empat anak.

Mahkamah menetapkan 19 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes, manakala 4 hingga 6 April depan sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment