Muhyiddin persoal status jawatan Umno

Wednesday, February 28, 2018

Muhyiddin persoal status jawatan Umno

Muhyiddin persoal status jawatan Umno

PETALING JAYA - Bersatu mempersoalkan dakwaan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa Umno mendapat kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh dibenarkan perlembagaan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan persoalan adakah ROS mempunyai kuasa untuk mengizinkan tempoh pemilihan parti dilanjutkan setahun lagi.

"Kalau sampai 19 April 2018 masih tak ada apa-apa dibuat, maka soal berbangkit, apakah status mereka yang memegang jawatan dalam Umno pada waktu itu? Bagaimana status Umno sendiri dalam soal ini?

"Betulkah Tengku Adnan dah dapat kebenaran ROS? Benarkah ROS secara rasmi dah membenarkan Umno untuk tangguh pemilihan? Soal beliau ketika sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Muhyiddin berkata, pada 27 Februari baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

"Hal ini bermakna pemilihan Umno akan ditangguhkan melebihi tempoh 18 bulan, keputusan penangguhan ini kononnya telah mendapat kelulusan ROS.

"Keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkan pemilihan parti melebihi 18 bulan jelas bercanggah dengan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.

"Kedua adakah benar ROS berikan kebenaran untuk tangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh dibenarkan oleh perlembagaan parti itu," desak Muhyiddin.

Tambahnya, ini adalah tindakan timbal balik yang mempersoalkan keadilan ROS mendepani parti-parti politik.

"Kita pulangkan paku buah keras kenapa wujud layanan berbeza dalam isu pertubuhan politik antara Umno dan Bersatu.

"Waktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat keputusan saya masih dalam Umno lagi, sepatutnya semua mesyuarat Umno bahagian dan cawangan selesai dalam bulan April.

"Kononnya nak fokus pada pilihan raya umum tapi sampai sekarang tak buat lagi. Pilihan raya penting tapi perlembagaan tak penting?

"ROS mesti merujuk perlembagaan.Bersatu minta tangguh persidangan agung tahunan , ROS tidak benarkan.Isunya apa status jawatan ahli dan pimpinan Umno itu sah atau luput?, katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment