Di mana Peli?

Wednesday, February 28, 2018

Di mana Peli?

Di mana Peli?

PASIR PUTEH - Keluarga lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang sejak 14 Februari lalu memohon bantuan orang ramai memberikan maklumat jika terserempak dengannya.

Peli Mat Esa, 49, dikhuatiri hilang selapas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Alor Hijau, Selising.

Adiknya, Faridah, 45, berkata, abangnya yang mempunyai masalah mental semasa keluar memakai baju T dan berseluar paras lutut.

"Saya membuat laporan di Balai Polis Selising pada keesokan harinya dan sehingga sekarang kami tidak menemui sebarang petanda," katanya sambil meminta orang ramai yang menemui Peli menghubunginya di talian 010-5226710.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan Peli keluar, namun dia tetap akan pulang semula ke rumah.

"Kami risau keselamatan dia dan berharap sangat orang ramai bantu kami. Kami juga berusaha mencarinya kerana tak pernah dia keluar rumah dan tidak balik untuk tempoh lama seperti ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment