'Mari dek murah sangat ni'
Foto&Video Ghazali Kori
KUALA NERUS: Tiga helai RM25 untuk pelbagai jenis tudung bawal dan shawl serta RM50 untuk tiga helai tudung kualiti premium satu nilai yang cukup berbaloi dan menjimatkan.
Peluang untuk mendapatkan variasi tudung pada harga murah ini dibawakan Raja Azlan Collection (RAC), untuk warga Terengganu di tapak Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri di sini, yang berlangsung seminggu sehingga 3 Mac ini.
Pemiliknya, Raja Azlan Raja Abd Aziz, 52, berkata jualan tudung pada harga terendah itu tidak akan diperoleh pelanggan di tempat lain.
Beliau berkata, setakat tiga hari ekspo itu berlangsung, sambutan diterima sangat menggalakkan sehingga pekerjanya tidak menang tangan melayan pelanggan.
"Ini peluang untuk warga Terengganu mendapatkan tudung RAC yang dijual sangat murah. Jadi warga Terengganu jangan lepaskan peluang ini," katanya.
Raja Azlan yang dibantu isterinya, Ku Azah Ku Mohamad, 52, berkata, beliau turut memiliki cabang perniagaan pengiklanan, tetapi perniagaan tudung lebih dekat di hatinya serta lebih memberikan kepuasan.
Katanya, peluang berniaga di tapak Ekspo Terengganu dilihat satu platform terbaik untuk mempromosikan jenamanya, selain memberi peluang lebih ramai wanita bergaya dengan tudung berkualiti yang dijual pada harga murah.
"Tudung yang kita jual juga terdapat dalam dua saiz iaitu bidang 45 dan bidang 65 bagi memberi pilihan kepada pelanggan jika mahukan tudung yang lebih labuh.
"Kita dapat jual murah kerana kita ambil bekalan terus daripada kilang. Setakat ini tudung premium yang dijual pada harga RM50 untuk tiga helai paling mendapat sambutan pelanggan.
"Menariknya, pada hari terakhir ekspo iaitu 3 Mac nanti, saya akan berikan kejutan buat pelanggan," katanya ketika ditemui di tapak niaganya di sini, hari ini.
Raja Azlan berkata, selain tudung yang menjadi perniagaan utamanya sejak tiga tahun lalu, butiknya juga sedang fokus mengeluarkan baju Melayu dan pakaian muslimah untuk jualan sempena Aidilfitri nanti.
Beliau berkata, Ekspo Terengganu adalah ekspo pertama yang disertainya dan berterima kasih kepada penganjur kerana membuka peluang kepada peniaga sepertinya memperluaskan jaringan perniagaan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment