Suspek kes cabul berjaya ditahan
KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua bulan diburu pihak berkuasa, akhirnya seorang lelaki yang dipercayai mencabul penumpang wanita di dalam koc Transit Aliran Ringan (LRT) berjaya ditahan, Sabtu lalu.
Difahamkan, suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada jam 1.35 tengah hari ketika keluar dari tren di Stesen Monorel Imbi di sini, selepas anggota unit tindakan khas (SAT) Polis Bantuan Prasarana terserempak dengan lelaki berkenaan semasa menjalankan rondaan.
Berdasarkan kenyataan Rapid KL, pengecaman dibuat menerusi gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum suspek mengaku gambar yang ditunjukkan itu adalah wajahnya.
"Suspek kemudian dibawa ke pejabat Polis Bantuan Prasarana untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada hari yang sama," katanya.
Dalam kejadian 14 Disember tahun lalu, mangsa mendakwa dicabul oleh seorang lelaki ketika menggunakan perkhidmatan LRT dari stesen Pasar Seni ke Stesen Masjid Jamek, di sini.
Sebaik tiba di stesen Masjid Jamek, mangsa dan polis bantuan cuba mengejar suspek, namun dia berjaya melarikan diri.
Bertindak atas maklumat itu, pasukan SAT melancarkan gerakan menjejaki suspek dengan memuat turun gambar yang dikenal pasti menerusi rakaman CCTV dan melakukan pemantauan di setiap rangkaian pengangkutan kendalian Rapid KL sehingga suspek berjaya diberkas.
"Rapid KL ingin menasihatkan pengguna supaya melaporkan terus sebarang kes jenayah kepada kapten bas, pegawai operasi di stesen atau Polis Bantuan sekiranya anda adalah mangsa atau melihat kejadian seumpama ini," katanya.
Katanya, pengguna LRT, Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas Rapid KL juga boleh menggunakan aplikasi 'Whatsapp' untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah.
"Hantar gambar dan butiran kejadian seperti nombor tren, lokasi, tarikh serta masa ke nombor 010-7664472. Pihak kami akan mengambil tindakan segera berdasar maklumat yang disalur.
"Selain itu, pengguna boleh berhubung dengan kami menerusi aplikasi media sosial Rapid KL di Facebook dan Twitter atau hubungi talian bantuan Rapid KL," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan, tindakan memuat naik gambar kejadian seperti itu ke media sosial tanpa membuat laporan kepada Rapid KL atau pihak berkuasa akan menyukarkan siasatan.
"Suspek mungkin akan mengubah identiti ketika menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelak dikesan selain menyukarkan siasatan dijalankan tanpa kerjasama dari semua pihak khususnya pengadu. Untuk rekod, kebanyakan kes jenayah berjaya diselesaikan sejurus selepas laporan dibuat," katanya.

sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment