Haziq Putera Band (sepupu Aiman Tino) kemalangan

Wednesday, February 28, 2018

Haziq Putera Band (sepupu Aiman Tino) kemalangan

Haziq Putera Band (sepupu Aiman Tino) kemalangan

VOKALIS Putera Band, Haziq, yang juga merupakan sepupu penyanyi terkenal Aiman Tino, mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di kepala akibat kemalangan jalan raya, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Kejadian itu berlaku apabila Haziq yang menunggang motosikal melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan.

Ibunya, Linda Eva berkata, anaknya kini sedang berada di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kejadian berlaku berhampiran rumah ketika Haziq mahu membeli sarapan pagi.

"Dia mahu memotong sebuah kereta tapi tidak perasan lori yang diparkir di bahu jalan.

"Jadi selepas terlanggar dia tercampak.

"Dia sedar cuma tak boleh terlalu banyak bergerak kerana tulangnya patah dan ada pendarahan di kepala.

"Sekarang ini, kita sedang menunggu doktor pakar untuk rawatan selanjutnya," katanya pada Sinar Harian.

Haziq bersama kumpulan Putera Band popular dengan single Rebahku Tanpa Mu dan Terseksa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment