Selesai kes curi rim, tayar
SUNGAI BESAR - Polis berjaya menyelesaikan sembilan kes kecurian rim dan tayar kereta sekitar daerah Sabak Bernam dalam tempoh tiga tahun.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi berkata, kejayaan itu susulan tertangkapnya dua suspek utama di sekitar Pekan Sekinchan, semalam.
Menurutnya, kedua-dua lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumah suspek pertama kira kira jam 7 petang.
âSusulan penahanan ini, empat individu termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 51 tahun turut diberkas dalam dua serbuan berasingan.
âSerbuan dijalankan di dua kedai menjual barangan lusuh jam 9 malam hari yang sama dan 9.40 pagi hari ini (semalam),â katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.
Nor Azmi berkata, siasatan mendapati kedua suspek utama terbabit dalam kes kecurian rim dan tayar kereta di daerah ini pada 25 Februari lalu.
âModus operandi suspek adalah menyasarkan kereta yang ditinggalkan di kawasan sunyi sekitar jam 1 hingga 6 pagi.
âSuspek kemudian menggunakan alatan seperti jack hidarulik dan pembuka tayar bagi membuka kesemua tayar kereta mangsa dan menggantikannya dengan batu bata,â katanya.
Menurut beliau, kejadian itu disedari mangsa yang kemudian tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.
âBertindak atas maklumat itu, polis menggerakkan âOps Lejangâ dan menahan lima lelaki termasuk suspek utama berkenaan bagi membantu siasatan.
âKes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment