'Teruja lihat pembangunan Terengganu'

Tuesday, February 27, 2018

'Teruja lihat pembangunan Terengganu'

'Teruja lihat pembangunan Terengganu'

KUALA NERUS: Pameran Terengganu Dahulu Lening, yang mempamerkan 30 gambar pembangunan masa dahulu hingga kini, membuka mata pengunjung mengenai pembangunan dikecapi negeri itu.

Antara gambar yang dipamerkan adalah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Pasar Besar Kedai Payang, Masjid Abidin Kuala Terengganu, Jalan Kampung China, Bangunan Persatuan Sejarah dan Istana Maziah.

Gambar dulu dan sekarang kawasan Balik Bukit di Pulau Kambing, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, gamelan, jeti bot penambang dan pejabat kerajaan, turut dipamerkan sempena Ekspo Terengganu 2018.

Selain itu, terdapat juga beberapa gambar bangunan dan replika yang berubah wajah serta fungsi, antaranya Bangunan Malayan Banking Berhad yang kini dijadikan Muzium Kemaman dan Bulatan Penyu yang diubah kepada Bulatan Batu Bersurat.

Selain itu, menara jam Kuala Terengganu yang kini dijadikan Kompleks Parking Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Rata-rata pengunjung terutama generasi muda teruja apabila melihat gambar lama yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Penuntut Kolej Kemahiran Teknologi MARA (KKTM) Kemaman, Muhammad Atiqi Ghazali, 20, berkata, pameran itu membolehkan generasi muda melihat perbezaan pembangunan yang dikecapi negeri itu dari dulu hingga sekarang.

Nurul Amylia Syazlynn mohd Nazri, 17, dari Bukit Guntong berkata, beliau tidak pernah tahu lokasi replika batu bersurat kini pernah menempatkan replika penyu pada masa dahulu.

"Inisiatif pameran ini amat penting kepada generasi muda seperti kami untuk mengetahui sejarah dan pembangunan di negeri ini," katanya.

Nadzrul Afiq Mohd Asri, 20, dari Kelantan berkata, beliau yang pernah ke negeri itu ketika kecil teruja melihat perubahan yang berlaku di Terengganu, ketika ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menganjurkan program sebegini," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment