Tergamak belasah ibu sendiri

Tuesday, February 27, 2018

Tergamak belasah ibu sendiri

Tergamak belasah ibu sendiri

MIRI: Berang ditegur kerana membuat bising, seorang pemuda tergamak membelasah ibunya sendiri hingga mengalami kecederaan dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Madinah Simpang Jawa, Batu Niah, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 51 tahun lebam di dahi selepas dihantuk kepalanya oleh suspek, tidak ubah seperti adegan gusti.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas wanita terbabit menegur anak lelakinya yang berusia lingkungan 30-an itu kerana membuat bising dalam rumah mereka.

"Bagaimanapun, suspek tiba-tiba berang dan mengamuk sebelum bertindak menghantuk kepalanya ke kepala ibunya hingga lebam pada sebelah atas kening kiri mangsa," katanya.

Difahamkan, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Batu Niah pada hari sama kerana bimbang dengan keselamatannya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment