Manifesto PRU14 Pas-Gagasan Sejahtera tiru idea kerajaan BN

Tuesday, February 27, 2018

Manifesto PRU14 Pas-Gagasan Sejahtera tiru idea kerajaan BN

Manifesto PRU14 Pas-Gagasan Sejahtera tiru idea kerajaan BN

ALOR SETAR - Sebahagian besar manifesto PRU14 Pas-Gagasan Sejahtera Kedah didakwa sekadar mencedok idea kerajaan negeri yang sudah dilaksanakan sepanjang BN mentadbir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini membuktikan gagasan itu ketandusan idea dan hanya meneruskan apa yang dilakukan kerajaan negeri.

“Tiada idea baru yang mampu tawan hati rakyat, malah sebahagian tawaran manifesto itu dikitar semula idea manifesto terdahulu. Bermakna mereka hanya tiru apa yang kita sudah buat, kerana mereka tahu apa yang kita buat itu mendapat sambutan rakyat,” katanya selepas melancarkan sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri Kedah, di Ekspo Muafakat Kedah, tadi.

Menurutnya, tawaran 20 meter padu air secara percuma kepada pengguna miskin dan membangunkan Sungai Kedah sebagai produk pelancongan adalah idea yang dibangunkan kerajaan negeri.

“Kedua-dua ini kita sudah lakukan, malah Sungai Kedah masih dalam proses pembangunan untuk produk pelancongan. Ada pula yang dikitar semula seperti Ladang Sejahtera manakala kita juga ada pelbagai dana bantu pelajar seperti yang mereka mahu lakukan menerusi Tabung Tengku Mahmud,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, tawaran yang diuarkan itu tiada keistimewaan tersendiri yang mampu membuatkan rakyat tertarik.

“Mereka tak tawarkan apa-apa yang istimewa pun. Mereka ambil apa yang kita sudah buat, jika sekadar meneruskan usaha yang dilakukan kita, baik berikan sahaja kepada kita untuk teruskan mentadbir,” katanya.

Menurutnya, memandangkan tawaran manifesto gagasan itu tiada yang baharu, rakyat tidak perlu menukar kerajaan sedia ada.

“Sokong kita sajalah sebab semua itu kita dah buat. Kalau mereka rancang pun, adakah mampu ditunaikan atau sekadar janji,” katanya.

Kelmarin, Pas dan Gagasan Sejahtera Kedah melancarkan Manifesto PRU14 berteraskan 15 agenda teras mencakupi pelbagai aspek, antaranya membangunkan sebuah kerajaan telus dan bersih, melahirkan aset insan berkualiti, serta kehidupan harmoni dan kesejahteraan ummah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment