Mufti tegur Neelofa

Tuesday, February 27, 2018

Mufti tegur Neelofa


Menurut Zulkifli, normalisasi yang dimaksudkan ialah apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.

Bagaimanapun, kata Zulkifli, kekhuatiran itu bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

“Tidak salah untuk kita mencari kelainan, malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan.

“Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang muftiwp.gov.my hari ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment