Aramco setuju labur US$7 bilion di Malaysia: Najib

Wednesday, February 28, 2018

Aramco setuju labur US$7 bilion di Malaysia: Najib

Aramco setuju labur US$7 bilion di Malaysia: Najib

KUALA LUMPUR  â€" Syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco bersetuju melabur US$7 bilion (hampir RM30 bilion) di Malaysia sebelum 31 Mac ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Perdana Menteri berkata pelaburan tersebut akan melonjakkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini.

“Pagi tadi saya dapat teks daripada (Menteri di Jabatan Perdana) Datuk Seri Rahman Dahlan yang menyatakan Aramco bersetuju untuk melabur US$7 bilion di Malaysia sebelum 31 Mac ini,” katanya di majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 di sini.

Najib berkata Rahman dihantar ke Riyadh untuk tutup perbincangan dengan Aramco.    

Perdana menteri berkata usaha kerajaan menarik pelaburan langsung asing itu untuk faedah generasi akan datang dalam usaha kerajaan menyediakan asas negara yang kukuh bagi membolehkan generasi TN50 membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat kelak. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment