Guardiola simpati nasib wenger

Wednesday, February 28, 2018

Guardiola simpati nasib wenger

Guardiola simpati nasib wenger

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola bersimpati dengan nasib Arsene Wenger yang kini berada dalam tekanan besar di Arsenal.

Sejak musim lalu, Wenger didesak penyokong untuk meninggalkan The Gunners selepas gagal berada dalam empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu serta gagal bermain dalam Liga Juara-Juara.

Kritikan untuk Wenger semakin jelas apabila tumpas kepada City pada final Piala Liga Inggeris yang lalu dan pasukan itu dinilai tidak mampu memberikan saingan kepada The Citizen.

"Saya selalu menyokong jurulatih lain kerana faham situasi ketika kami kalah atau menang. Kami menerima pendapat dari penyokong dan percayalah ia satu tekanan yang besar.

"Saya sangat mengerti sepenuhnya perasaan Wenger. Saya ingin katakan bahawa saya menyokongnya.

"Apa yang terjadi kepada Wenger sekarang boleh terjadi pada saya di masa depan. Saya sedang menang dan saya berada dalam keadaan baik. Wenger pula tidak menang dan keadaan (jawatan) kurang baik)," kata Guardiola.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment