Bengang dikecam, geng wanita nekad culik remaja

Wednesday, February 28, 2018

Bengang dikecam, geng wanita nekad culik remaja


KUALA TERENGGANU : Bengang dikecam di laman media sosial Facebook, seorang wanita yang juga peniaga atas talian bertindak menculik seorang remaja perempuan pemilik akaun Facebook terbabit.

Ia dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam Selasa, ketika suspek bersama enam lagi rakannya berpakat melarikan mangsa yang berusia 19 tahun lebih 20 Kilometer.
Suspek yang berusia 26 tahun, bersama rakannya dikatakan menyerang mangsa ketika sedang melalui Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, mereka bertindak menyekat kereta mangsa yang dinaiki bersama tiga rakannya sebelum menarik mangsa keluar dari kereta.

Jelasnya, semasa  di dalam kereta, salah seorang daripada suspek bertindak menutup muka dengan kain dan mengikat tangan serta kaki mangsa.

Suffian berkata, mangsa turut dipukul sebelum kesemua suspek meninggalkannya di tepi jalan di Kampung Teratak Batu, Marang.

Berikutan itu, tujuh individu termasuk lima remaja dan wanita berusia antara 18 hingga 26 tahun direman empat hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut seksyen 363 kanun keseksaan kerana melarikan orang.

sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment