1MDB akan ditutup

Tuesday, February 27, 2018

1MDB akan ditutup


Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, beliau yakin syarikat itu mampu membayar segala hutang melalui pelan rasionalisasi yang dijalankan.

“Kita boleh bayar menerusi ‘monetisation’ aset-aset yang ada, dalam TRX City ada Bangunan Exchange 106 yang merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan penghuni-penghuni akan membayar sewa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Amanat - Cabaran Ekonomi kepada warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota UMK, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Husaini Omar.- UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment