Ular tedung selar di dalam stor rumah

BALING: Seorang penduduk di Kampung Charok Putih, Siong di sini, terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang lima meter berada di dalam stor rumahnya, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam, penduduk itu segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.
Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata pihaknya tiba di lokasi 15 minit kemudian dan mengesan kelibat ular tedung selar terbabit.
"Ular tedung selar sepanjang lima meter dan berat empat kilogram itu agak agresif tetapi empat anggota APM berjaya menumpaskan reptilia berkenaan selepas 20 minit," katanya.
Mohd Faizol berkata, ia adalah kali keenam ular berbisa dapat ditangkap APM daerah ini dalam tempoh dua bulan.
Beliau meminta orang awam lebih berhati-hati berikutan keadaan cuaca panas dan kering menyebabkan ular berbisa keluar mencari air.
"Orang ramai boleh menghubungi pihak APM di talian 04 - 4701626 jika terserempak dengan binatang berbahaya dan berbisa," katanya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment