Yakin raih sokongan Tsunami Melayu

Wednesday, February 28, 2018

Yakin raih sokongan Tsunami Melayu

Yakin raih sokongan Tsunami Melayu

SHAH ALAM - Pas Selangor meramalkan kemungkinan berlakunya ‘Tsunami Melayu’ yang mengakibatkan sokongan pengundi berpihak kepada Pas pada PRU14.

Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, dengan gerak kerja yang tersusun, Pas sebagai sebuah parti kedua terbesar kaum Melayu selepas Umno yakin mampu menguasai tsunami politik itu.

Katanya, perkara itu bukan hanya diperkatakan pemimpin Melayu, malah perkara itu turut diakui Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menulis di dalam blognya tentang kemungkinan berlakunya tsunami Melayu ini.

“Sentimen pengundi Melayu kalau kita nisbahkan, kebanyakan mereka dijangka akan bangkit protes.

“Mereka tidak akan beri undi kepada Umno atau pun BN yang menjadi punca protes mereka itu, sebaliknya kita yakin mereka akan datang kepada Pas,” katanya.

Roslan Shahir berkata, sesuatu perkara yang perlu diakui ialah ‘padang permainan’ untuk menghadapi PRU14 sama sekali berbeza dengan dua PRU sebelum ini.

“Ia bukan hanya berbeza buat Pas, tetapi juga bekas kawan-kawan Pas iaitu PKR dan DAP, malah BN sekali pun.,” katanya.

Beliau menegaskan, sudah pasti rakan sekutu daripada PKR dan DAP merindui parti itu berdasarkan kepada kekuatan jentera Pas.

“Kemenangan calon-calon kita sebenarnya tidak boleh diletak atas DAP dan PKR kerana sudah pasti sumbangan jentera Pas banyak menyokong dan membantu calon,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment