Kendera saji Chicken Cottage masuk kampung
KUALA NERUS - Kendera saji Chicken Cottage akan membuat siri jelajah ke kampung-kampung dalam usaha untuk mempromosikan lagi rangkaian restoran makanan segera milik kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu dibuat bagi mempromosikan lagi restoran di bawah kendalian Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) kepada rakyat di negeri ini.
âKetika ini kita mempunyai dua kendera saji yang baharu dilancarkan sempena Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung.
âSaya difahamkan sambutan yang diterima sangat memuaskan dan landasan (melalui ekspo) ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi,â katanya.
Ahmad Razif berkata, kendera saji yang bernilai keseluruhan lebih RM700,000 termasuk peralatan itu juga mampu menyiapkan lebih 200 hidangan dalam tempoh satu jam.
âKerajaan negeri begitu teruja untuk memperkenalkan pelbagai hidangan menarik kepada rakyat Terengganu yang berada di kampung-kampung.
âKita harap pendekatan ini membuka ruang promosi lebih luas terhadap hidangan ditawarkan Chicken Cottage,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment