Sembelih diri sendiri kerana hutang

Friday, February 2, 2018

Sembelih diri sendiri kerana hutang

Sembelih diri sendiri kerana hutang

JOHOR BAHRU: Tekanan menanggung hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki menyembelih leher sendiri dengan mesin pemotong besi di sebuah bengkel sengkuap di Jalan Laksamana 1, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata lelaki dikenali sebagai Tan, 51, itu ditemui mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah di bengkel berkenaan oleh orang ramai sebelum menghubungi pasukan polis dan ambulans.

"Susulan laporan itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dengan kecederaan teruk di leher.

"Selain itu, kami menemui mesin pemotong besi berada di sebelah kanan mangsa, disyaki digunakan ketika cuba memotong lehernya.

"Buat masa ini, kami mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut namun tidak menolak kemungkinan ia berlaku disebabkan masalah hutang," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, mangsa ditemui dengan memakai kemeja-T biru dan seluar pendek hitam.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment