Pukul, tendang dan pijak sampai terkencing

Friday, February 2, 2018

Pukul, tendang dan pijak sampai terkencing

Pukul, tendang dan pijak sampai terkencing

PORT DICKSON - Mangsa yang mati dipercayai didera, Nur Aina Nabihah Mohammad,9, pada malam kejadian telah diperlakukan dengan sangat kejam oleh suspek kes iaitu bapa kandungnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian, dia telah memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijak perutnya hingga terkencing.

"Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil.

"Pengakuan awal ini berdasarkan siasatan polis ketika membawa suspek ke lokasi kejadian iaitu dirumah kediaman suspek di Taman Vista Jaya, Lukut tengahari tadi," katanya.

Zainudin berkata, di lokasi kejadian, polis turut merampas beberapa barang antaranya tali pinggang tentera dan bangku kecil plastik yang telah patah untuk membantu siasatan polis.

Keputusan bedah siasat mendapati si mati mengalami kecederaan parah, hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat kontusi atau lebam dalaman pada usus besarnya.

Tengahari tadi, polis telah membawa kedua-dua suspek ke lokasi kejadian di kediamannya di Taman Vista Jaya sejurus mendapat perintah reman selama tujuh hari dari Mahkamah Majistret Port Dickson.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati, kedua-dua suspek yang juga pasangan suami isteri tiba serentak menaiki dua kenderaan polis sekitar jam 12 tengahari tadi dengan memakai pakaian lokap berwarna oren.

Terlebih dahulu, polis membawa masuk suspek wanita dan lebih kurang satu jam kemudian, suspek lelaki di bawa masuk ke rumah berkenaan.

Di lokasi, suspek dipercayai telah diminta melakonkan semula bagaimana kejadian jenayah berkenaan berlaku bagi membantu siasatan polis.

Forensik polis juga dilihat melakukan siasatan dirumah berkenaan.

Suspek kemudian dibawa beredar dari rumah tersebut pada jam 1.10 petang.

Menerusi laporan Sinar Harian, sekitar jam 12.30 tengah malam Khamis Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya dikediaman mereka di Taman Vista Jaya Lukut.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ badan.

Berikutan itu, bapa kandung yang juga anggota tentera dan ibu tirinya ditahan polis, semalam.

 

 

 

Pada Jun tahun lalu, suspek pernah ditahan kerana memukul Nur Aina Nabihah selepas ibu kandungnya yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu balik kampung.

 

 

 

Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi kerana dia mahu mendidik Nur Aina Nabihah.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment