Sasar sifar kejadian ketika WUF9 berlangsung

Thursday, February 1, 2018

Sasar sifar kejadian ketika WUF9 berlangsung

Sasar sifar kejadian ketika WUF9 berlangsung

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan Forum Perbandaran Sedunia ke-9 (WUF9), yang bermula 7 sehingga 13 Februari ini diadakan dengan aman, tanpa sebarang rusuhan serta insiden yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan telah mempersiapkan anggota keselamatan melalui kerjasama Strategi Lautan Biru (NBOS) bagi merealisasikan perkara itu.

"Ini adalah satu forum antarabangsa yang besar dianjurkan oleh KPKT. Jadi, kita tidak boleh mengambil mudah konvensyen bertaraf antarabangsa yang mana, Malaysia menjadi tuan rumah.

"Sebarang risiko mesti disifarkan. Oleh yang demikian, kita melaksanakan beberapa latihan amali pada hari ini," katanya pada sidang media selepas meninjau  latihan amali eksesais anti keganasan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Turut hadir sama meninjau latihan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pegarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Menurutnya, lebih 2,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada polis, bomba dan tentera yang akan bertugas bagi membantu kawalan keselamatan di sekitar KLCC serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kira-kira 25,000 peserta daripada 194 buah negara akan menghadiri WUF9, yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan Mampan (UN Habitat).
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment