Pengurus restoran ajak buat seks dibelasah

Thursday, February 1, 2018

Pengurus restoran ajak buat seks dibelasah

Pengurus restoran ajak buat seks dibelasah

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus restoran makanan segera di Presint Diplomatik, Putrajaya, dibelasah selepas mengajak seorang pekerja wanita melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian sekitar jam 11 malam itu, ibu dan bapa remaja wanita berusia 22 tahun itu datang ke restoran berkenaan selepas anak mereka mengadu mengenai tindakan pengurus restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata ibu dan bapa pekerja itu datang bersama beberapa rakan lelaki mereka untuk berbincang mengenai perkara yang berlaku.

"Bagaimanapun ketika perbincangan antara keluarga wanita terbabit serta pengurus restoran dan dua rakannya, berlaku rasa tidak puas hati hingga berlaku pergaduhan dan rusuhan di tempat kejadian.

Katanya, pergaduhan turut membabitkan objek dari kedai sebelah restoran makanan segera itu.

Rosly berkata, anggota peronda polis (MPV)yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

"Berikutan rusuhan itu, polis menahan empat lelaki dan dua wanita daripada pihak keluarga wanita terbabit selepas mereka dilaporkan menyerang pengurus restoran itu.

"Namun susulan siasatan selanjutnya, pihak polis kemudian memberkas pengurus terbabit serta dua rakannya yang juga dilaporkan turut menyerang keluarga wanita terbabit.

Siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan dan pihak polis sedang berusaha mendapatkan perintah tahanan reman hari ini semua mereka.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment