Pelaburan asing: Kerajaan pusat tidak abaikan Selangor, Pulau Pinang

Friday, February 2, 2018

Pelaburan asing: Kerajaan pusat tidak abaikan Selangor, Pulau Pinang


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika benar dakwaan bahawa kerajaan Pusat bersikap berat sebelah sudah tentu kebanyakkan pelaburan asing akan ditempatkan di kawasan Parlimennya, Bagan Datuk, Perak atau di kawasan Parlimen Jeli, Kelantan di bawah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau pada masa sama menempelak pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP apabila mendabik dada kononnya segala pelaburan asing di Selangor dan Pulau Pinang adalah hasil usaha kerajaan negeri semata-mata tanpa mengendahkan penat lelah kerajaan Pusat menerusi jabatan dan agensi kementerian dan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

"Kita lihat pembangunan di Selangor hari ini adalah bukti bagaimana ada pihak (kerajaan negeri) yang tumpang 'semangkuk' hasil usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Pusat.

"Kita tidak membeza sama ada sesebuah negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau BN. Sebaliknya, demi negara pelaburan asing akan ditempat di mana-mana sahaja dan jangan ada pihak yang mengakui kononnya setiap pelaburan adalah hasil usaha mereka semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pecah tanah pembinaan loji rawatan logam milik T7 Kilgour Sdn. Bhd. di Serendah, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment