Operator loji kerugian RM23,345

Friday, February 2, 2018

Operator loji kerugian RM23,345

Operator loji kerugian RM23,345

KUANTAN - Seorang operator loji kerugian kira-kira RM23,245 apabila menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas diperdaya dua individu yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa itu menyedari ditipu selepas gagal mendapatkan kembali wangnya yang konon digunakan sebagai jaminan penyelesaian kes dan mengelak daripada ditangkap pihak polis.

"Seorang individu bernama Osman Hassan telah menghubungi mangsa pada 23 Januari lalu dan menyatakan bahawa mangsa mempunyai hutang sebanyak RM30,000 dengan kadar bayaran ansuran bulanan RM675.

"Pegawai bank palsu itu turut memberitahu ansuran bulanan pinjaman tersebut juga sudah tertunggak selama tiga bulan dan perlu dibayar," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Modus operandi kes suspek adalah dengan cara mendorong mangsa membuat bayaran sebagai wang jaminan penyelesaian kes kerana gagal membayar tunggakan dan mengelak daripada ditangkap pihak polis.

Meskipun mangsa menafikan dakwaan tertunggak itu pada awalnya, namun panggilannya telah disambung ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Menurut Mohd Wazir, ketika panggilan tersebut disambungkan kononnya kepada pihak polis, mangsa disambut oleh seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

"Ketika itu tanpa sengaja telah memberikan maklumat akaun termasuk, kata laluan bank dan ID perbankan internet Bank Islam kepada pegawai polis berkenaan.

"Kemudiannya, dia telah diarahkan memasukkan wang ke dalam akaun miliknya sendiri sebagai wang jaminan untuk selesaikan kes mangsa yang dikatakan disiasat pihak polis IPK Terengganu," katanya.

Katanya lagi, ketika mangsa memasukkan wang ke dalam akaun Bank Islamnya, dia mendapati ada transaksi pindahan wang ke tiga akaun yang tidak dikenali.

"Mangsa mempunyai kira-kira RM11,100 di dalam akaun Bank Islam dan memasukkan wang secara berperingkat iaitu RM1,000, RM4,000 dan RM5,000 ke dalam akaun berkenaan.

"Apabila mangsa merasakan ada sesuatu tidak kena dan ditipu, dia telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada 31 Januari lalu.

Mohd Wazir berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment