Kejadian pada pukul 5.15 petang itu mengakibatkan Siti Fadzillah Md. Desa, 59, dan suaminya, Shaikh Salim Shaikh Zakaria, 62, cedera parah namun wanita terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian berlaku ketika suami isteri itu dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang ke Kamunting.
Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta jenis Toyota Vios dinaiki mangsa dipercayai gagal dikawal lalu terbabas ke tepi dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan.
"Rempuhan itu menyebabkan wanita terbabit maut di tempat kejadian manakala suaminya pula kini dalam keadaan koma.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment