Umat Islam perlu kembali pada al-Quran

Friday, June 1, 2018

Umat Islam perlu kembali pada al-Quran

Umat Islam perlu kembali pada al-Quran

PETALING JAYA - Inisiatif penganjuran World #QuranHour dipuji kerana dapat menjadi peringatan kepada umat Islam untuk menjadi Muslim yang sebenar.

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam tetap perlu berpegang kepada al-Quran meskipun sudah menjadi manusia hebat.

“Saya alu-alukan inisiatif ini kerana ia sangat murni kerana ia bukan saja sekadar majlis ramai-ramai, tetapi nak ingatkan kita.

“Sepintar mana pun, sesibuk mana sekalipun, pangkat setinggi mana sekalipun tetap kena berpaut kepada keyakinan dan keyakinan itu berteraskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara khas, hari ini.

Program World #QuranHour akan berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 7 Jun dari jam 10.30 pagi hingga jam 1 petang.

Penganjuran program yang memuji edisi ketiga tahun ini akan mengangkat Surah al-Hujurat berkaitan panduan pembentukan umat berakhlak mulia.

Anwar turut berbesar hati untuk menyertai program tersebut dan beliau akan membaca dua potong ayat daripada Surah al-Imran (103-105).

Ketika ditanya alasan memilih ayat itu, Anwar berkata, “Ayat al-Quran ini semuanya istimewa tapi ada juga yang memberi kadang-kadang kefahaman atau kesedaran.”



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment