THM alasan lengahkan janji - Pemuda UMNO

Friday, June 1, 2018

THM alasan lengahkan janji - Pemuda UMNO

THM alasan lengahkan janji - Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyifatkan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai alasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melengahkan pelaksanaan manifesto seperti dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan perlu menjelaskan niat sebenar kewujudan tabung berkenaan yang kononnya untuk membantu meringankan beban hutang negara.

"Pemuda UMNO tidak menghentam tabung itu kerana rakyat tidak dipaksa menderma untuk mengisinya, namun mesti jelaskan kenapa perlu ada tabung ini.

"Tabung itu kononnya untuk membantu bayar hutang negara seperti digambarkan kerajaan tetapi bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), ini tidak menyeluruh.

"Pemuda UMNO beranggapan THM hanya untuk kerajaan PH menyusun semula janji mereka dan itu naratif mereka kononnya (manifesto lambat ditunaikan) disebabkan hutang negara.

"Mereka gunakan alasan itu untuk menangguhkan beberapa janji," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan mewujudkan THM yang sudah mengutip lebih RM18 juta setakat semalam, atas alasan memudahkan rakyat menderma untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda UMNO akan mengkaji dan melihat terlebih dulu berhubung pembatalan projek laluan Tren Aliran Transit Massa 3 (MRT3) dan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR).

"Keputusan ini baru dibuat, justeru kita perlu melihat implikasinya kepada pengangkutan awam negara. Saya percaya perkara ini akan diperbahaskan masa Dewan Rakyat bersidang," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment