Stok lama bukan alasan kenakan GST

Friday, June 1, 2018

Stok lama bukan alasan kenakan GST

Stok lama bukan alasan kenakan GST

SEREMBAN - Peniaga di negeri ini diingatkan supaya tidak mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap pelanggan yang membeli barangan atau stok lama.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, peringatan juag diberikan kepada peniaga supaya tidak mengingkari pelaksanaan perubahan GST daripada enam kepada kosong peratus mulai hari ini sepertimana diumumkan kerajaan.

"Jangan kata barang dijual stok lama, maka pelanggan masih kena GST dan alasan ini tak boleh diterima. Kalau berlaku peniaga boleh tuntut balik (pada Jabatan Kastam Diraja Malaysia).

"Tempoh diberikan selama enam tahun dari tarikh invois, tapi kita nasihatkan mereka supaya buat secepat mungkin. Jadi dah tak ada alasan untuk mereka kenakan GST kepada pelanggan selepas ni dan kena ikut arahan ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Operasi Catut 4.0 bersama KPDNKK Negeri Sembilan dan Kastam Negeri Sembilan di pasar raya Aeon Seremban 2, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengguna diminta membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika ada peniaga masih ingkar.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment