Plus lanjut diskaun 50% sehingga 4 pagi esok

Thursday, June 14, 2018

Plus lanjut diskaun 50% sehingga 4 pagi esok

Plus lanjut diskaun 50% sehingga 4 pagi esok

KUALA LUMPUR รข€" Tempoh tawaran diskaun tol 50 peratus di semua rangkaian lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (Plus) termasuk Lebuhraya  Pantai Timur 2 (LPT2), yang berakhir tengah malam ini, dilanjutkan sehingga 4 pagi esok.

Lanjutan tempoh penawaran diskaun itu merangkumi kesemua transaksi tol kecuali bagi kenderaan Kelas 2 dan 3 di semua rangkaian lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu.

Plus, dalam kenyataannya hari ini, berkata  lanjutan tawaran itu bagi memastikan para pengguna dapat peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan selamat.

Bagaimanapun, lanjutan tempoh penawaran diskaun itu tidak melibatkan transaksi tol Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, menurut kenyataan itu

Plus turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah dan mematuhi had laju serta mengikut arahan pihak berkuasa. - Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment