Pelepasan cukai 10 peratus
IPOH - Semua pihak yang menyalurkan sumbangan terhadap pembangunan sukan di negeri ini akan diberikan pelepasan cukai.
Exco negeri, Lee Chuan Chow berkata, pelepasan cukai berkenaan dibuat sebagai usaha untuk menggalakkan lagi sumbangan terhadap pembangunan sukan di negeri ini.
âSebenarnya, memang banyak manfaat sekiranya swasta berikan bantuan untuk pembangunan sukan di negeri ini.
âSelain pelepasan cukai 10 peratus, kita juga merancang untuk jadikan Perak sebagai pusat melahirkan atlet bertaraf dunia.
âOleh itu, bantuan daripada pihak swasta sangat digalakkan selain program bersama rakan strategik khususnya di segi kewangan serta keperluan asas atlet termasuk kemudahan logistik, pengangkutan, tempat tinggal ketika berlatih di luar negara,â katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Cek Derma kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) bagi Sukma Perak 2018 oleh pihak swasta di pejabatnya, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ghazali Jalal.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, setakat ini sejumlah RM832,000 dalam bentuk wang tunai telah diterima selain tajaan barangan kelengkapan sukan bernilai RM3.2 juta, selain RM160 juga daripada kerajaan Pusat.
âKita ucapkan syukur dan terima kasih. Ini adalah usaha yang baik untuk kita tingkatkan sokongan kepada sukma dan sukan.
âUntuk itu, saya galakkan orang ramai untuk terus menyumbang dan seterusnya menjadikan Sukma 2018 sebagai temasya Sukma yang paling meriah setakat ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment