Pelajar UiTM maut kemalangan pada Ramadan terakhir

Thursday, June 14, 2018

Pelajar UiTM maut kemalangan pada Ramadan terakhir

Pelajar UiTM maut kemalangan pada Ramadan terakhir

TAPAH - Perjalanan pulang seorang mahasiswa ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 66, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur awal pagi Khamis.

Dalam kejadian sekitar 12.30 tengah malam itu, mangsa Naqiuddin Mohd Najib, 21, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang meninggal dunia apabila kereta Perodua Viva dipandunya bertembung dua kenderaan lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata kemalangan turut menyebabkan rakan mangsa cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Viva dipandu mangsa yang dalam perjalanan ke Sungkai telah hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan dan bergesel dengan Nissan Almera.

“Kenderaan mangsa itu kemudiannya bertembung bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Ahmad berkata, pemandu Nissan Almera tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Mitsubishi Triton dan penumpangnya hanya cedera ringan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Astro Awani
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment