Jadikan kemenangan Ramadan latihan kuatkan jiwa
PUTRAJAYA - Kemenangan dalam Ramadan yang berlalu harus dijadikan sebagai latihan mematangkan dan menguatkan jiwa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam perutusan Aidilfitrinya, beliau berkata, umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri sebagai hari kemenangan.
Beliau berkata, kemenangan diperoleh hari ini adalah hasil berpuasa selama sebulan dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
Kemenangan, kata Dr Wan Azizah akan lebih bermakna jika dapat menjadi insan yang istiqamah dalam mengekalkan kekuatan diperoleh daripada sebulan berpuasa.
âGunalah kekuatan ini untuk membina kesejahteraan dan keadilan sesama manusia dan mengukuhkan negara," katanya.
Beliau berkata, ungkapan minal aa'idin wal faizin wal maqbulin adalah ucapan sering dilafazkan oleh umat Islam semasa menyambut Aidilfitri bermaksud 'semoga kita tergolong dalam golongan yang kembali kepada fitrah dengan memperoleh kemenangan serta diterima segala amalan kebaikan'.
âMerayakan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan tawaduk (merendah diri) adalah amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,â katanya. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment