Pejam celik, esok umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Memang ramai yang tak sabar nak sambut hari kemenangan tersebut.

Tapi tak lengkap rasanya Raya kalau tak tengok Iklan Hari Raya paling popular dan menjadi pilihan penonton.


Ada yang sedih, ada yang kelakar dan ada yang buat kita menangis. Jom tengok 10 iklan Hari Raya 2018 paling popular.


1. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Rumah Epik Fantastik

Boleh dikatakan iklan Raya ini antara paling popular untuk tahun 2018. Kalau ikutkan inilah kerenah yang kita boleh lihat bila semua ahli keluarga pulang beraya di kampung.

2. Telekom Malaysia (TM) – Mak Long Bawang

Setiap kali balik beraya je, memang kena bersiap sedia la dengan soalan yang ditanyakan bertubi-tubi oleh makcik bawang. Boleh tahan pedas soalan yang ditanya. Yang ini memang tak boleh lepas!



3. CIMB – Tanam Cempedak Tumbuh Nangka

Memang mecuit hati betul iklan dari CIMB ini. Mana tidaknya, hanya kerana cempedak, tiga jiran yang bersahabat baik sanggup berperang. Tapi ke mana pergi cempedak tu? Mesti ramai nak tahu. Harap ada sambungan.

4. Watsons Malaysia – Misi Ikhlas Aidilfitri

Jangan sangka kecantikan luaran itu segala-galanya. Kecantikan dalaman paling penting. Sebab cantik dalaman, luaran pun akan nampak cantik. Banyak mesej tersirat dalam iklan ini.

5. Celcom Axiata – Kasih 5 Sekawan

Rasanya ramai juga yang menantikan sekuel iklan kisah 5 sekawan ini. Kali ini Hasnah pulang ke kampung mencari bapa kandungnya, tapi lain yang dia dapat tahu. Memang kena sediakan tisu tengok iklan ni.

6. Digi – Nawaitu

Diinspirasi dari sebuah kisah benar dan kisah ini tiada rumah kampung dan tiada elemen raya seperti kebiasaannya. Namun, iklan ini memberikan mesej tentang hubungan silaturahim sangat penting.

7. Samsung – Raya Last Minit

Tetamu baru je balik, tiba-tiba Mak Long cakap nak datang lagi 30 minit. Sempat ke nak kemas rumah, sediakan juadah? Siap bawa satu kampung rupanya.

8. Telekung Siti Khadijah – Bising Hati Mak

Mempunyai menantu berbangsa Cina antara satu cabaran buat mak. Apatah lagi bila si menantu sering marah dalam bahasa Cina, Mak mengandaikan menantunya itu tidak sukakannya. Tapi andaian mak itu sebenarnya salah.

9. PruBSN – Team Raya Merah

Tak sah raya kalau tak ada drama keluarga. Ini cerita Ridwan. Dia ni tak penah tak busy, lagi-lagi bila nak raya. Tapi apa saja yang dilakukan oleh Ridwan tak dihargai. Siapa yang rasa macam ni setiap kali Hari Raya?

10. Graph Studio – Biru

[Original Short Film] Biru

Bukan Biru Muda atau Biru Tua. Biru apa yang selalu lepak dalam longkang ni? Jom tengok.#BlueLivesMatterToo____________________________________________________________A film by Derrik Yaw. Conceptualized and written by Mo Nazmi AhmadSpecial credit mention to the undying support from Brad Chai of Black Candy Production for helping us to storyboard the film.

Posted by Graph Studio on 20hb Mei 2018

“Aku yakin, kalau satu hari aku hilang, takkan ada sesiapa yang bersedih atau mencari aku.” Iklan ini memang epik habis. Siapa sebenarnya Biru? Iklan ini memang penuh tanda tanya. Memang genius siapa yang buat iklan ini.