Urus perkhidmatan awam, kewangan dengan cekap

Monday, April 23, 2018

Urus perkhidmatan awam, kewangan dengan cekap

Urus perkhidmatan awam, kewangan dengan cekap

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan BN berjaya mengurus perkhidmatan awam dan kewangan dengan cekap.

Sepanjang tempoh empat tahun kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, negeri beradat ini menunjukkan peningkatan rizab kewangan negeri sebanyak RM725.97 juta pada 31 Disember berbanding RM458.89 juta pada 2013.

Menurut Mohamad, angka tersebut adalah kerana kerajaan negeri sentiasa memfokuskan perbelanjaan kewangan secara berhemah dengan penuh integriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dan amanahnya untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berikutan itu, kutipan hasil kerajaan negeri pula direkodkan meningkat kepada RM413.46 juta pada 2017, berbanding RM354.78 juta pada 2013.

Lebih membanggakan, apabila pengurusan di bawah pimpinan kerajaan negeri ini berjaya capai laporan audit bersih selama 16 tahun berturut-turut dari tahun 2000 sehingga 2016.

Keputusan itu, menandakan pengurusan dan gerak kerja penjawat awam Negeri Sembilan sangat telus dan tulus.

Lebih membanggakan, apabila Majlis Kewangan Negara mengiktiraf Negeri Sembilan sebagai pengurusan kewangan terbaik 2015 oleh Ketua Audit Negara.

Dalam pada itu, keputusan yang paling menggembirakan para penjawat apabila tempoh kontrak perkhidmatan pegawai kontrak kerajaan negeri dilanjutkan.

Sebagai bukti, untuk tempoh 2013 sehingga 2017, tidak penamatan kontrak terhadap pegawai kontrak lantikan negeri kecuali melebihi umur persaraan paksa, disiplin atau meletak jawatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bnns2rakyat.com

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment