UNIKL BMI sedia bantu urusan kebumi arwah Dr Fadi
GOMBAK - Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) bersedia untuk menguruskan urusan pengebumian jenazah Dr Fadi M R Albatsh Fatma di Malaysia.
Dekan UNIKL BMI, Prof Madya Dr Mohd Izhar Abu Bakar berkata, perancangan awal untuk urusan pengebumian jenazah Fadi di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves selepas solat Asar hari ini ditangguhkan setelah keluarganya meminta supaya dibawa pulang ke Palestin.
Katanya, pihak UNIKL BMI akan menunggu kata putus ahli keluarga arwah dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan bagi membantu urusan pengebumian.
"Sekarang kami dalam mood sedia, apa sahaja keputusan berkenaan lokasi pengebumian arwah Fadi, kami sedia untuk membantu.
"Sekarang kita menanti kehadiran abang Fadi yang dijangka akan tiba dari Jerman kira-kira 5 petang.
"Kemungkinan keputusan sama ada membawa pulang atau dikebumikan di sini akan diputuskan oleh abangnya," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment