Termometer pecah di makmal sekolah

Wednesday, April 25, 2018

Termometer pecah di makmal sekolah

Termometer pecah di makmal sekolah

LENGGONG - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad, di sini, cemas apabila sebatang termometer pecah di makmal sekolah itu, pagi semalam.

Begitupun, keadaan kembali tenang apabila sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong membantu membersihkan sisa bahan kimia itu.

Ketua Operasinya, Meor Kamarul Hasnin Baheran berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kes itu pada jam 11.30 pagi semalam.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati semua pelajar telah keluar dari makmal dan tiada pelajar terpegang bahan radioaktif itu.

“Anggota kemudian memakai pakaian khas berserta alat pernafasan masuk ke lokasi kejadian untuk kerja pembersihan.

“Sulfur ditaburkan di atas merkuri (bahan radioaktif) dan dibiarkan seketika sebelum bahan itu dimasukkan ke dalam beg plastik khas bersama merkuri itu,” katanya.

Tambah beliau, anggota kemudian menggunakan cecair peluntur untuk membersihkan kawasan terkena tumpahan merkuri.

“Selepas anggota memastikan lokasi kejadian bebas daripada bahan radioaktif, operasi kemudian ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari,” ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment