Skuad Tok Gajah sokong program membaca

Saturday, April 21, 2018

Skuad Tok Gajah sokong program membaca

Skuad Tok Gajah sokong program membaca

KUANTAN -  Dalam usaha menghangatkan lagi Program Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP), skuad bola sepak Tok Gajah, Pahang FA turut serta tampil memberi sokongan.

Program yang akan berlangsung jam 11 pagi pada 24 April ini dilaksanakan serentak di seluruh negara sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2018.

Pegawai Perhubungan Awam PPAP, Mohd Norshazlin Sa’adun Nazir berkata, pemilihan skuad bola sepak negeri ini diyakini mampu mendorong masyarakat membaca dan mengetahui kepentingannya dalam kehidupan.

“Penglibatan mereka dapat membangkit semangat rakyat Pahang...sebagai langkah awal kita cuba menggalakkan orang ramai meluangkan masa selama 10 minit hanya untuk membaca.

“Pasukan ini juga tidak hanya memberi tumpuan kepada sukan bola sepak sahaja tetapi turut menyokong program pendidikan seperti ini.

“Skuad bola sepak yang ditemui di Stadium Darul Makmur, di sini, memberi respons positif dan penglibatan Pahang FA ini akan dipaparkan di papan iklan bas rapid Kuantan, perkongsian Facebook PPAP, blog, Youtube dan sebagainya untuk tujuan memeriahkan lagi program ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Program tersebut diterajui Perpustakaan Negara Malaysia bersama semua Perpustakaan Awam Negeri Se-Malaysia di bawah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment