Entah di mana silapnya, pengumuman tersebut yang dijadualkan berlangsung di ibu pejabatnya di sini terpaksa bertukar tempat kononnya atas alasan berjiwa rakyat.
Bekas Ketua PPBM Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Mohd. Nor berkata, seramai tujuh calon daripada parti itu yang akan mewakili gabungan pembangkang PKR bertanding di peringkat Parlimen.
“Bagi Parlimen Tumpat, kawasan itu diwakili oleh bekas Ketua Bahagiannya, Datuk Nordin Salleh. Manakala, Bachok diwakili oleh bekas Ketua Penerangan PPBM negeri, Zulkifli Zakaria.
“Bekas Pensyarah Forensik Akaun di Universiti Tasmania, Dr. Mohd. Radzi Mohd. Jidin (Ketereh); bekas Timbalan Pengerusi PPBM negeri, Datuk Sazmi Miah (Machang); bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kelantan, Azran Deraman (Jeli); peniaga, Mohd. Nor Hussin (Gua Musang) dan saya Pasir Puteh,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pengumuman calon PPBM bagi mewakili gabungan pembangkang PKR di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment