PRU-14: AirAsia tambah penerbangan

Thursday, April 19, 2018

PRU-14: AirAsia tambah penerbangan



SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia menambah penerbangan laluan domestik terpilih berikutan peningkatan permintaan penerbangan pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

AirAsia dalam kenyataan berkata, tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei bagi tambang tetap, akan dilanjutkan kepada 7 Mei.

Katanya, bermula 7 hingga 10 Mei, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 120 penerbangan tambahan, termasuk 20 pesawat Airbus A330 yang mempunyai 377 tempat duduk.

"Tambang sehala dalam tempoh itu ditetapkan pada RM99 bagi laluan di Semenanjung Malaysia, manakala RM129 untuk laluan antara Semenanjung ke Sarawak dan RM199 bagi laluan antara Semenanjung ke Sabah.

"Bagaimanapun, kadar tambang ini hanya tertakluk kepada tempahan baharu sahaja dan bergantung dengan ketersediaan tempat duduk," katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment