Perdana Menteri berkata, projek-projek di wilayah ekonomi Iskandar Malaysia, Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Sistem Rapid Transit (RTS) dan Desaru Coast mampu menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan pesat ekonomi negeri dan negara pada masa akan datang.
“Kesemua projek yang rancak dilaksanakan ini akan mengangkat Johor menjadi kuasa ekonomi baharu negara.
“Saya yakin Johor ada masa depan yang amat baik,” katanya semasa merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Stadium Batu Pahat, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
MSAM 2018 berlangsung selama seminggu bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment