Pembangkang tak mampu buat sebaik BN: Hamzah
MUAR- Pembangkang tidak akan mampu melaksanakan Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) dengan sebaiknya seperti yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembangkang dilihat hanya pandai beretorik dan tidak mempunyai mentaliti seperti BN.
âAda sesetengah pihak kata, kita lakukan PJSR kerana PRU dah hampir tiba. Saya nak maklumkan untuk lalukan PJSR ini memerlukan masa panjang.
âProgram ini perlukan kerjasama daripada pembekal sebab nak tentukan logistik dan sebagainya. PJSR ini bukan hanya di Muar sahaja tetapi di seluruh negara buat. Oleh sebab itu, kita perlukan perancangan rapi.
âTetapi bila pembangkang cuba nak buat, dia tak boleh nak buat sebab mereka tak ada mentaliti sama seperti kita,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika Karnival PJSR dan Program Pelancongan Malaysia di Air Panas Gersik, di sini, semalam.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment