PAS letak calon luar untuk Parlimen Padang Besar

Thursday, April 19, 2018

PAS letak calon luar untuk Parlimen Padang Besar

PAS letak calon luar untuk Parlimen Padang Besar

KANGAR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Mokhtar Senik diumum sebagai calon PAS di Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli pula diumumkan untuk mengekalkan kerusi DUN Sanglang, satu-satunya kerusi yang dimemangi PAS pada PRU13.

Pada PRU14 kali ini, PAS akan bertanding semua kerusi 15 DUN dan tiga kerusi Parlimen.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), di sini, malam tadi.

Kamis Yub dicalonkan bertanding di kerusi DUN Titi Tinggi, diikuti Azamhari Mohmood (DUN Beseri), Mohd Ali Puteh (DUN Chuping), Mohammad Yahya (DUN Mata Ayer) dan Baharuddin Ahmad (DUN Santan).

Sementara itu, Abd Jamil Khamis pula diumumkan calon PAS untuk bertanding di DUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail (DUN Sena), Wan Hassan Wan Ismail (DUN Indera Kayangan), Mohamad Fuat Abu Bakar (DUN Kuala Perlis) dan Md Radzi Hasan (DUN Kayang).

Idris Yaacob disenaraikan calon DUN Pauh, Dr Abu Bakar Ali (DUN Tambun Tulang), Mohd Ridzuan Hashim (DUN Guar Sanji), Russele Eizan (DUN Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (DUN Sanglang).

Terdahulu Mohamad Zahid Ibrahim diumumkan calon PAS bagi kerusi Parlimen Kangar. Hanya kerusi Parlimen Arau tidak dumumkan tetapi difahamkan ia bakal meletakkan Mursyidul Am PAS sebagai calonnya.

Sementara itu, Mohd Shukri, berkata pemilihan Mokhtar yang juga calon luar adalah kerana permintaan PAS kawasan Padang Besar.

"Beliau sering dijemput ke Padang Besar selain kerap menjalankan kerja kebajikan di kawasan berkenaan.

"Beliau dekat dengan masyarakat di Padang Besar itu adalah antara faktor beliau dipilih," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment