Parti Bersatu masih berfungsi

Thursday, April 5, 2018

Parti Bersatu masih berfungsi

Parti Bersatu masih berfungsi

BERSATU mendakwa terdapat kekeliruan dan percanggahan berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengumumkan pembubaran sementara dan memberi tempoh 30 hari untuk tempoh rayuan terhadap parti itu.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setelah meneliti kandungan dan surat daripada RoS, pihaknya menyimpulkan bahawa Bersatu masih sah dan boleh berfungsi seperti sediakala sehingga mana ia belum disahkan batal.

“Terdapat beberapa perkara bercanggah melalui surat daripada RoS berhubung keputusan terhadap parti Bersatu, sama ada saya, presiden, setiausaha agung atau bendahari tidak pernah terima notis pembubaran ini, termasuk pejabat pendaftar Bersatu di Damansara,” katanya.

Beliau berkata, ia bercanggah dengan Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada empat pemegang jawatan tertinggi, sebaliknya telah diumumkan kepada awam.

“Malah kekeliruan juga timbul dalam penggunaan terma ‘diperintah sementara dibubarkan’. Memandangkan RoS tidak patuhi seksyen berkenaan, maka perintah sementara pembubaran itu berlaku belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna kepada kami hingga kini dan dianggap sebagai tidak sah laku.

“Kita beranggapan Bersatu masih berfungsi seperti biasa,kita akan teruskan kempen dan jentera seperti biasa,” katanya kepada pemberita ketika sidang media, malam tadi.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan RoS menerusi sidang media petang semalam di Putrajaya, memutuskan agar Bersatu dibubarkan buat sementara waktu.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, tempoh pembubaran tersebut adalah selama 30 hari, namun sekiranya Bersatu gagal memenuhi beberapa tuntutan yang dikehendaki dan perintah itu akan menjadi mutlak serta parti berkenaan juga akan dibatalkan pendaftarannya.

Sementara itu, Mahathir turut menjelaskan Bersatu akan melakukan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Menurut undang-undang, notis pembatalan sementara yang dikatakan bertarikh 5 April ini, boleh dirayu kepada menteri untuk dibatalkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu kepada menteri berkenaan iaitu Datuk Zahid Hamidi. Bersatu akan lakukannya dalam masa terdekat.

“Kalau Zahid Hamidi tidak takut dengan Bersatu, maka saya cabar dia luluskan rayuan itu secepat mungkin. Kalau tidak terbuktilah menteri kerajaan memang takut dengan kewujudan Bersatu,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment