Operasi SAR mangsa MV Geos tumpu bahagian dalam kapal
MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa kapal pengerudi MV Geos terbakar semalam yang masih hilang, dengan tumpuan pencarian pada bahagian dalam kapal tersebut.
Pengarah APMM Daerah Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata operasi SAR mangsa Mohamad Saiful Ashnar, 31, yang masuk hari kedua ini turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri dengan empat anggotanya terlibat untuk menangani risiko kebocoran gas di lokasi kejadian.
âOperasi SAR hari ini tertumpu kepada pencarian di dalam kapal MV Geos sendiri kerana menurut mangsa-mangsa terselamat, Mohamad telah tiada semasa kapten kapal membuat pengiraan kru,â katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fauzi berkata selain itu, operasi mencari di sekitar perairan berhampiran masih diteruskan dengan menggunakan aset APMM, Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Petronas.
Kapal pengerudi MV Geos yang mempunyai 39 kru ketika kejadian berlaku dilaporkan terbakar pada 3.15 pagi semalam dengan 38 daripadanya berjaya menyelamatkan diri serta seorang masih lagi dicari. - BERNAMA
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment