Nyaris Jadi Gila, Hafiz Hamidun Tak Serik Kahwin
Mungkin sebelum ini penyanyi nasyid Hafiz Hamidun tidak banyak berkongsi kisah tentang sejarah perkahwinanya yang telah terkubur namun melalui pendedahan BH Plus baru-baru ini, dia menjelaskan situasi sebenar yang pastinya sukar untuk dilaluinya seorang diri.
BACA: Hafiz Hamidun Sembang Lebih, Dikecam Menunjuk?
“Sikit lagi nak jadi gila dan pakar psikiatri beritahu saya menghidap tekanan kronik…syukur apabila berjumpa pakar dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta kawan-kawan, saya dapat tenaga kembali”
“Apabila perkara ini berlaku, saya seboleh-bolehnya mahu memberi nasihat ikhlas kepada rakan artis supaya jangan jadi macam saya…usah ulangi kesilapan seperti saya. Jika ditimpa masalah, kita kena dapatkan sokongan dan pertolongan,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Malah dia juga mengakui dirinya cukup kuat untuk mengharungi dugaan tersebut bersendirian namun akhirnya tersedar bahawa perkara sedemikian perlu dikongsikan bersama keluarga mahupun orang yang lebih arif dan alim ulama.
Berpunca daripada perkara tersebut, Hafiz mendapatkan khidmat nasihat pakar psikiatri dan kini dalam masa yang sama tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi untuk membina keluarga baru. Bagaimanapun buat masa sekarang, dia mahu bersendiri terlebih dahulu. (rtky/s)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment