CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengakui beliau tidak pernah berputus asa untuk menawan hati pengundi kawasan itu walaupun tewas pada pilihan raya lalu.
Raja Nong Chik berkata, jiwanya sudah sebati dengan Lembah Pantai kerana dibesarkan di kawasan itu.
Katanya, beliau seronok bersama penduduk Lembah Pantai dan sukar untuk berpindah ke kawasan lain.
âWalaupun tewas pada pilihan raya lalu, saya tetap turun padang memberi khidmat yang diperlukan rakyat.
âSaya bekerja keras selama lima tahun dan dibuktikan dengan rekod pencapaian yang dilaksanakan kerajaan BN selama ini.
âHarapan kami semoga pengundi tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang kerana mereka hanya turun padang untuk pilihan raya saja,â katanya.
Sementara itu, calon PPP di Parlimen Segambut, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, beliau mengetahui isu-isu yang dihadapi penduduk di kawasan terbabit dan akan bekerja dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya.
Kata Loga Bala, beliau bertanggungjawab untuk menang dan mempertahankan BN sebaik dicalonkan.
âMisi utama saya sekiranya dipilih rakyat adalah untuk berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan masalah dan membantu pembangunan di Segambut,â katanya.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment