Nadia Aqilah tangguh bulan madu

Wednesday, April 25, 2018

Nadia Aqilah tangguh bulan madu

Nadia Aqilah tangguh bulan madu

PELAKON Nadia Aqilah mengakui terpaksa menangguhkan rancangan bulan madunya kerana terikat dengan jadual kerja yang padat sehingga hujung tahun ini.

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Saiful Ridzuan,Sharifudin, Jumaat lalu, Nadia, 33, kini sudah kembali bekerja dan menjalani latihan untuk pementasan teater Dato Seri yang aka dipentaskan di KLPAC pada 10-14 Mei depan.

Diikuti program Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya yang turut menyaksikan pementasan semula Bangsawan Dendam Laksamana di luar Kuala Lumpur, di mana Nadia terlibat sebagai teraju utama.

“Memang tak sempat nak fikir pasal bulan madu pun kerana saya perlu kembali bekerja bagi memenuhi komitmen yang telah diaturkan sejak awal.

“Kalau ikutkan memang tak ada cuti pun. Selepas tiga hari kahwin, terus kembali bekerja. Tapi saya dan suami OK sahaja kerana kami bekerja dalam bidang yang sama dan masing-masing  faham komitmen kerja.

“Kebetulan saya suami sama-sama terlibat dalam program, Jerayawara Bangsawan yang akan bermula pada bulan Jun nanti, jadi kira macam ‘bulan madu’ jugalah buat road tour untuk projek ini di beberapa negeri dengan dia sehingga hujung tahun,” jelas Nadia ketika ditemui di majlis Sidang Media Jerayawara Pekan Bangsawan pada Rabu.

Menjelaskan tentang majlis perkahwinannya yang tidak dihebahkan kepada umum, kata Nadia, dia sememangnya seorang yang low profile dan berhasrat meraikan hari bahagianya dengan keluarga dan teman-teman rapat sahaja.

“Saya minta maaf jika ada yang terasa bila saya tidak jemput atau hebahkan tentang majlis saya tempoh hari.

“Bukan sebab sengaja tak nak beritahu atau sorokkan, tetapi majlis ini memang diadakan secara kecil-kecilan dan untuk keluarga serta teman-teman rapat sahaja.

“Bagaimanapun teman-teman saya yang hadir pada majlis tersebut ada berkongsi tentang perjalanan majlis tersebut di media sosial masing-masing sekali gus mewakili saya untuk menghebahkan kepada  peminat di luar sana,” kata Nadia.

Terdahulu sebelum ini, Nadia dan pasangan telah mengikat tali pertunangan sekitar Oktober tahun lalu, sebelum sepakat memilih April untuk disatukan.

“Saya sebenarnya dah kenal suami lebih 10 tahun lalu dan beberapa kali pernah bekerjasama dengannya yang merupakan pengarah muzik untuk beberapa pementasan yang melibatkan saya sebelum ini.

“Saya suka berkawan dengan dia kerana kami mempunyai minat yang sama terhadap seni sekali gus membuatkan kami mudah serasi dan memahami antara satu sama lain.

“Siapa sangka, dia yang pada mulanya hanyalah seorang kawan akhirnya menjadi jodoh saya. Terima kasih atas semua doa-doa yang diberikan kepada kami berdua, dan semoga perjalanan kami selepas akan lebih diberkati,” luah Nadia kepada Sinar Harian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment