'Dulu mereka menang guna jentera PAS'

Thursday, April 19, 2018

'Dulu mereka menang guna jentera PAS'

'Dulu mereka menang guna jentera PAS'

MARANG: Kembali bergerak solo, PAS yakin untuk mengetepikan saingan lawan terutama bekas sekutu di sebahagian besar daripada 160 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), termasuk persaingan tiga penjuru.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera PAS di seluruh negara yang sebelum ini turut menyumbang kepada kemenangan parti lain ketika PAS menyertai pakatan pembangkang pada PRU-13.

"Kita bertanding di tempat yang kita ada cawangan. Kita ada 196 kawasan di seluruh negara dan kita bertanding di 160 kerusi.

"Parti lain tak ada cawangan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dulu mereka gunakan jentera kita dan mereka menang pun dengan tenaga kita.

"Oleh sebab itu kita tak risau," katanya selepas majlis pengisytiharan calon PAS Terengganu untuk PRU-14 di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam tadi.

PAS bergerak sendiri selepas memutuskan tahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang termasuk PKR dan DAP.

Mengulas keputusannya melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang disandang selama 36 tahun atau lapan penggal, Hadi menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada tugas kepemimpinan parti di peringkat PAS pusat.

"Sudah tiba masa saya memberi ruang kepada pelapis dan menumpukan tugas sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia," katanya.

PAS menamakan Setiausaha Politik Hadi, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bertanding kerusi DUN berkenaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment