Kerusi Cameron Highlands milik MIC

Sunday, April 22, 2018

Kerusi Cameron Highlands milik MIC

Kerusi Cameron Highlands milik MIC

KUALA LUMPUR: MIC hari ini mengesahkan Ketua Pemudanya, Datuk C Sivarraajh akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang sebelum ini menjadi rebutan Presiden MyPPP, Tan Sri Dr M Kayveas.

Pengumuman itu disahkan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, calon dipilih berdasarkan pelbagai faktor penting sambil berharap masyarakat setempat dan pengundi akan memberi sokongan padu demi kemajuan serta kemakmuran negara.

Susulan itu, satu sidang media bersama semua calon MIC yang terpilih akan diadakan pada Selasa ini.

Berikut adalah senarai calon penuh MIC bagi kerusi Parlimen

Parlimen

1. Segamat (Johor) - Datuk Seri Dr S Subramaniam

2. Cameron Highlands (Pahang) - Datuk C Sivarraajh

3. Tapah (Perak) - Datuk Seri S Saravanan

4. Sungai Siput (Perak) - Datuk Seri S K Devamany

5. Hulu Selangor (Selangor) - Datuk P Kamalanathan

6. Kapar (Selangor) - Datuk M Mohana

7. Sungai Buloh (Selangor)- A Pakas Rao

8. Kota Raja (Selangor) - V Gunalan

9. Port Dickson (Negeri Sembilan) - Datuk V Mogan

Dewan Undangan Negeri (DUN)

KEDAH

1. Lunas -M Thuraisingam

2. Bukit Selambau - Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh

PULAU PINANG

1. Bagan Dalam - J Dhinagaran

2. Perai - M Suresh

PERAK

1. Sungkai - Datuk V Elango

2. Buntong -

3. Jelapang - K Thankaraj

NEGERI SEMBILAN

1. Jeram Padang - Datuk L Manikam

2. Sri Tanjung - R Thinalan

MELAKA

1. Gadek - Datuk P Panirchelvam

PAHANG

1. Sabai - Datuk R Goonasakaren

JOHOR

1. Gambir - Datuk M Asojan

2. Tenggaroh - K Ravenkumar

3. Kahang - Datuk R Vidyananthan

4. Skudai - Datuk G S Kanan

SELANGOR

1. Ijok - K Parthiban

2. Sungai Tua - Datuk N Rawisandran

3. Sentosa - T R Subramaniam



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment