Jurujual didakwa miliki perenjat elektrik

Wednesday, April 18, 2018

Jurujual didakwa miliki perenjat elektrik

Jurujual didakwa miliki perenjat elektrik

PETALING JAYA - Seorang jujujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki alat perenjat elektrik di tempat awam, Sabtu lalu.

Lim Gat Chun, 32, didakwa dalam milikannya senjata berbahaya  tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang di dalam sebuah kereta di Jalan Persiaran Klang, Putra Heights, Petaling, Selangor, pada jam 2.50 petang, 14 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah 7 (1) (a) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak menawarkan wang jaminan terhadap tertuduh.

Peguam Samry Masri yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dibenarkan jaminan yang minimum dengan alasan tertuduh perlu menjaga dua anak yang masih kecil kerana isterinya telah tiada kerana melarikan diri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment